08 February 2012

Fairytale and happy endings 2

Salam semua.
I'm back with sneak peek part 2. Kali ini lebih panjang sikit. Tell me, what say you? :D


“Hah degil kan. Tengok. Muntah lagi!” Eid menggerutu geram. Nasib baiklah aku tak jadi doktor. Kalau tak boleh sakit jantung bila dapat pesakit yang degil tahap nauzubillah macam ni. “Boleh tak for once awak ikut cakap saya, just take this drink and telan these pills?”

Najiha diam tak menyahut. Dia meletak baldi tadi ke tepi. Dia tersandar semula ke belakang katil. Nampak sangat Najiha sudah kehilangan banyak tenaga. Tekaknya pun dah terasa perit semacam sebab muntah tak henti-henti sedari tadi. Akhirnya Najiha mengalah. Dia merampas gelas yang berada di dalam tangan Eid.
“Kalau saya mati, you’re responsible. Pandai-pandai la awak jawab kat babah saya.” Sempat dia menghadiahkan jelingan maut pada Eid sebelum meneguk air campuran electrolytes tersebut.
“Hah, tak mati pun.” Eid menyindir pedas sebaik sahaja Najiha menyerahkan gelas kembali kepadanya.
Najiha buat muka bodoh. Tak mengendahkan ayat Eid tadi. “Tu benda colour-colour tu apa benda pulak?” Dia mengarah dagu pada beberapa biji pil yang berada di dalam sebuah bekas.
“Ni nama dia ubat.” Eid menyahut pendek lalu menyuakan bekas tersebut pada Najiha. Malas hendak memberi penjelasan yang panjang lebar. Kalau Eid terangkan satu persatu pun bukan Najiha nak dengar. Nak menjawab aja kerjanya. Tak padan sakit!
“Saya tau la ubat. Takkan gula-gula kut.” Najiha mengangkat mata ke siling. Maksud soalan aku tadi, pil apa pulak ni dia nak bagi aku makan? Karang aku knock out terus tak bangun-bangun, macammana?
“Dah tau lagi mau tanya apahal. Telan je la.” Eid menyerahkan pula segelas air masak pada Najiha yang nak-tak-nak terpaksa menyambut.
“Kalau saya –“
“Ye kalau awak mati, saya bertanggungjawab.” Laju sahaja Eid memotong. Sudah dapat mengagak apa yang hendak dituturkan Najiha nanti.
Bulat mata Najiha memandang Eid. Amboi! Mulut tak ada insurans langsung! “Nak sangat tengok saya mati ke?”
Ya Rabbi! Eid rasa kesabarannya dah sampai di hujung tanduk. “Before I lose my patience, you better swallow the pills. Now.” Nada suara Eid kedengaran agak tertahan. Eid benar-benar dah tak boleh sabar kut!
Najiha memaku pandang ke wajah Eid penuh curiga. “Tapi boleh ke saya percaya awak?” Najiha menuturkan ragu-ragu. Yelah, mana tahu dia beri aku salah ubat. Dah lah dia tu ambil medik setengah jalan berhenti. Memang dasar doktor tak bertauliah langsung. Kalau keadaan aku makin teruk, macammana?
Do you have other choice, Miss Najiha?” Eid membalas datar. Dia menyilangkan tangan, memeluk tubuh.
Najiha terhenyak sendiri. Mahu tak mahu, Najiha menggeleng. It’s either aku ikut cakap Eid atau aku terus berkeadaan lemah tak bermaya macam ni. Dua-dua pun ada risiko. Either way, it’s a gamble. Tapi…sekurang-kurangnya kalau aku ikut cakap Eid, ada harapan untuk sembuh kan? Walaupun the chance of getting better is actually quite low la, eh.
“Okey la.” Akhirnya Najiha memutuskan. Baru sahaja dia ingin meletakkan pil ke dalam mulut, dia kembali menoleh pada Eid yang sedang lekat memandangnya sedari tadi. Ingin memastikan Najiha benar-benar makan ubat dan tak mengelat.
“Kalau apa-apa jadi kat saya-”
“Tak ada apa yang akan jadi pada awak la.” Belum sempat Najiha habiskan ayat, Eid dah potong dulu. Bosan.
“Boleh tak for once awak bagi saya habiskan ayat?” Najiha meluahkan rasa geram. Mamat ni dari hari pertama berjumpa, memang suka sangat potong ayat orang. Sumpah tak kelakar, okey!
“Fine, fine. What is it?” Acuh tak acuh Eid menyahut. Dah lembik macam ni pun mulut masih nak pot-pet-pot-pet lagi. Tak penat ke?
“Kalau apa-apa jadi kat saya, tolong bagitau babah saya I love him very very much. Okay?” Najiha menutur penuh perasaan.
Eid terkebil-kebil. Najiha buat statement macam tu macamlah dia nak telan racun. Drama sungguh.
“Okey, okey!” Eid angkat tangan tanda akan menurut apa sahaja yang Najiha inginkan. Tak kuasa nak bertekak lagi. “Sekarang telan ubat tu.”

Kali ini Najiha menurut tanpa banyak karenah. Eid sekadar memerhati tingkah Najiha yang menelan pil-pil yang diberikan tadi satu persatu.
“Dah. Sekarang pergi tidur. Rehat.” Eid menyambut gelas dan bekas yang sudah kosong dari tangan Najiha. Tanpa menunggu lagi dia terus sahaja bangun dan beredar ke dapur di tingkat bawah. She's such a pain, seriously!